Riadah dan Rehlah di Wetland


Taman Wetland, Putrajaya - Pada 23 September 2012, Ahad, buat julung kalinya PEMBINA UPM sekali lagi berjaya menjalankan aktiviti lasak atau lebih sinonim dengan temanya ‘Wetland Hunt & Race'. Seramai lebih daripada 30 orang pelajar yang datang dari pelbagai kolej seperti K14, K16, KPZ, K17, dan K11.

Program ini bukan sahaja tertumpu pada aktiviti lasak, dikesempatan tersebut, pelajar dapat mengenal kekuasaan Allah, kehalusan dan keagugan ciptaan-Nya dan juga memikirkan keunikan ciptaan Allah.

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Al-Imran: 191)

Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat kelak. Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada Keesaan-Nya, dan sifat kesempurnaan-Nya, hati akan mula hidup dengan mengenali Allah(Makrifatullah).



Aktiviti dimulai pada pukul 9 pagi dengan sesi pendaftaran dan sedikit penerangan ringkas. Sebelum aktiviti dijalankan, para pelajar membuat sedikit senaman regangan ringkas dan dibahagikan dengan 4 buah kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang peserta.

Sebelum aktiviti berlangsung, peserta telah diperdengarkan dengan tazkirah berkaitan alam yang di sampaikan oleh Saudari Siti Farhana Fathy yang bertajuk “Kejadian alam”. Antara intipati tazkirah tersebut ialah terlalu indah kejadian alam yang telah Allah ciptakan di mana hujan yang turun ke bumi tanpa memerlukan alat untuk turun. Begitu juga dengan udara yang percuma yang boleh membuatkan kita masih bernyawa dimuka bumi ini begitu juga dengan pokok yang menjalankan proses fotosistesis.

Sepanjang "Wetland Hunt & Race" ini berlangsung, peserta perlu melalui 4 'checkpoint' iaitu Look Out Tower, Kolam Flamingo, Pusat Penghayatan Alam dan Swan Lake dan begitulah seterusnya. Di setiap 'check point' tersebut, setiap peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan seperti soal jawab berkaitan dengam Sirah Rasulullah s.a.w, hadis nabi, mengkaji surah yang menceritakan tentang binatang dalam Al-Quran dan pelbagai lagi.


Antara manfaat yang diperolehi oleh para peserta sepanjang aktiviti ini berlangsung ialah mereka dapat mewujudkan semangat berpasukan , kepimpinan, menguji minda malahan dapat mempelajari Al-Quran dengan secara tidak langsung. Ini merupakan satu semangat luar biasa yang dapat dipupuk dan dilenturkan melalui aktiviti lasak sebegini. Tambahan pula, sepanjang permainan berlangsung peserta dapat lebih mengenal antara satu sama lain dengan lebih akrab dan mewujudkan kesatuan hati dan kebersamaan kumpulan sesama mereka.

Usai aktiviti, saudari Syafinaz Zainol memberikan sedikit ucapan penerangan ringkas mengenai aktiviti sepanjang sesi 2012/2013 ini seperti I-CIRCLE, MABIT, camping dan banyak lagi. Aktiviti ini berakhir pada pukul 1 tengahari dan peserta menjamah sedikit makanan dan membawa pulang sedikit cenderamata daripada PEMBINA UPM.



Berlangsungnya aktiviti ini, ia diharapkan mampu melahirkan mahasiswa yang berjiwa proaktif dan sihat tubuh badan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah



Permainan dimulakan.
.

Peserta memulakan tugasan.


Ucapan penutup oleh saudari Syafinaz Zainol.

0 komen:

Catat Ulasan