Wasiat Sheikh Raid Solah untuk ahli PEMBINA

بسم الله الرحمن الرحيم .
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم .


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .٬

أما بعد ٬
فيشرفني أن أقدم نصيحتي لجمعية اتحاد الشباب الإسلامي الوطني في ماليزيا وأقول لهم أنتم أمل الشعب المسلم في ماليزيا وأنتم أمل حاضر ماليزيا ومستقبلها ٬ ولذلك يجب عليكم أن تعلموا أن ماليزيا أمانة في أعناقكم ٬ وهوية ماليزيا الإسلامية أمانة في أعناقكم ٬ فحافظوا على هذه الأمانة ٬ فبها تقوى دوركم ٬ وبكم تقوى ماليزيا ٬ وبقوة ماليزيا ستقوى القدس والمسجد الأقصى ٬ وبقوة ماليزيا سنجد فيكم الركن الشديد الذي نلتقي معه على جهد مخلص نبغي فيه نصرة القدس ونصرة المسجد الأقصى ٬ عسانا نلتقي يوما بعد زوال الإحتلال الإسرائلي ونصلي ﺁمنين مطمئنين في رحاب المسجد الأقصى المبارك . والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

أخوكم ٬

رائد صلاح – بيت المقدس 16/9/2012م


---


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji kepada Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, Muhammad bin Abdullah SAW.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ini merupakan satu penghormatan buat saya untuk menyampaikan pesanan nasihat saya kepada Persatuan Belia Islam Nasional di Malaysia.

Saya berpesan kepada mereka bahawa anda adalah harapan bangsa orang Islam di Malaysia. Anda adalah harapan Malaysia pada hari ini dan harapan untuk masa hadapannya.

Oleh itu, anda perlu sedar bahawa Malaysia adalah suatu amanah di tengkuk-tengkuk kalian. Identiti Islam Malaysia adalah amanah di tengkuk-tengkuk kalian. Maka, peliharalah amanah ini dengan baik. Dengan amanah ini, akan menguatkan peranan anda. Dengan kekuatan dan peranan anda, akan kuatlah Malaysia. Dengan kekuatan Malaysia, akan mengukuhkan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa. Dengan kekuatan Malaysia juga, kita akan dapati anda semua sebagai suatu pendokong yang mantap, bersama-sama berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Padanya juga kita dapati sokongan ke arah kemenangan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Semoga kita akan dapat bertemu suatu hari nanti, selepas runtuhnya penjajahan Israel ke atas Palestin, dan kita dapat mendirikan solat bersama-sama di mihrab Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akhukum,

Raed Salah – Baitul Maqdis, 16 September 2012

0 komen:

Catat Ulasan