Kuliah Fiqh Akidah: Syiah - Satu Konspirasi


Kolej Serumpun, 24 September - Satu kuliah Fiqh Akidah bertajuk "Syiah - Satu Konspirasi" telah berlangsung yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad, selaku Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Ia telah diadakan di surau serumpun, Universiti Putra Malaysia (UPM), selepas solat maghrib dengan kehadiran hampir 90 orang mahasiswa lelaki dan perempuan.

"Secara umumnya Syiah ini ialah golongan yang melebih-lebihkan Saidina Ali daripada sahabat-sahabat lain dan mengatakan bahawa beliau lebih layak menjadi khalifah," ujar Ustaz Mad.

Menurut Ustaz Mad, isu Syiah ini bukan sahaja melibatkan mazhab bahkan ia adalah isu AQIDAH kerana Syiah mengagungkan Saidina Ali sehingga mengatakan Saidina Ali itu Tuhan. Syiah yang beliau tumpukan ialah Syiah Imam 12 atau di Malaysia ia dikenali sebagai Syiah Jaafariah

Menurut beliau lagi, Syiah Imam 12 adalah sangat berbahaya kerana mereka mempunyai negara sendiri, iaitu negara Iran.

Ceramah bahayanya Syiah oleh Ustaz Mad.





Pergaduhan antara Iran dan Amerika hanyalah satu propaganda barat agar umat Islam sedunia tertipu dengan konspirasi yang mereka adakan. Orang-orang Syiah juga cukup membenci Palestin dan tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Israel.

"Mereka cuba bersembunyi dengan mengatakan sokongan mereka kepada ahlul bait (keluarga nabi). Walhal imam-imam yang mereka agungkan itu sendiri adalah ahli Sunnah Waljamaah," jelas Ustaz Mad kepada hadirin mengenai antara kesalahan Syiah dalam mengagungkan 12 Imam daripada keluarga Rasulullah SAW.

Secara ringkasnya Ustaz Mad menyatakan 8 ciri-ciri Syiah yang sesat antaranya ialah wilayah/walayah atau kekuasaan (menjadikan Imam sebagai rujukan hukum hakam dan bukannya al-Quran dan Sunnah), nikah mut'ah (nikah kontrak), taqiyyah (berbohong), ar-Raj'ah dan sebagainya.

Kesemua ciri-ciri ini tidak lain dan tidak bukan adalah jarum halus yang bertujuan hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari pegangan yang sebenar kita iaitu al-Quran dan Sunnah. Dengan itu barulah mereka boleh menguasai pemikiran umat-umat Islam dengan mudah.

Terdapat lebih daripada dua ribu pelajar Iran melanjutkan pelajaran di UPM. Perkara ini amat membimbang kerana dikhuatiri para pelajar UPM yang kurang memahami Syiah dan bahayanya akan terpengaruh dengan ajakan atau dakyah mereka yang mungkin datang ke sini selain dari niat belajar.

"Pernah suatu ketika saya duduk minum di Hentian Rehat Serdang, dengan T-shirt logo Aman Palestin, datang seorang lelaki yang mengaku sebagai pelajar UPM duduk di hadapan saya lalu terus mencaci ahlul sunnah waljamaah. Sesudah dia menghabiskan cacian itu terus saya bertanya di manakah dia belajar berkenaan Syiah? Dengan bangganya dia mengatakan dia menghadiri kelas Syiah secara mingguan yang diajar oleh rakyat Iran di UM," kata Ustaz Mad dengan nada kesal terhadap perkembangan Syiah yang mula menular di UPM.

Pembina berharap dengan telah berlangsungnya kuliah Fiqh Akidah ini, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar UPM khususnya betapa bahayanya Syiah dan pengaruhnya jika ia dibiarkan berleluasa di Malaysia. Ia perlu dibendung bermula dengan kefahaman dan seterusnya tindakan.

Diharapkan para mahasiswa dapat terus mengikuti program-program kuliah Fiqh yang Pembina anjurkan dari semasa ke semasa agar kefahaman kita terhadap Islam terus meningkat.

Hampir 90 orang mahasiswa hadir mendengar ceramah bahayanya Syiah.
Juga dimaklumkan beberapa pengikut Syiah cuba memburukkan nama Ustaz Mad dengan membuka akaun facebook palsu Ustaz Mad.  Walaupun begitu, Ustaz Mad telah menerangkan hanya akaun Ustaz Mad ini menjadi satu-satunya akaun facebook rasminya.


Bacaan lanjut:
1. Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 1)
2. Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 2)
3. Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 3)
4. Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 4)
5. Syiah: Hakikat & Sejarah (Siri 5)
6. Syiah: Bahaya Syiah (Siri 6)
7. Syiah percaya Al-Imamah pewaris kenabian
8. Akidah Al-Bada’ memang wujud di kalangan Syiah
7. Ayuh Sepakat Tolak Syiah -Ketahui perkembangan Syiah di Malaysia melalui facebook page

0 komen:

Catat Ulasan