Peringatan MH370 Pada Rakyat Malaysia



Kehilangan kapal terbang MH370 pada 8 Mac lalu adalah tanda musibah yang berlaku di Malaysia. Setelah berlakunya kemarau yang berpanjangan, Allah sekali lagi menguji akidah rakyat Malaysia dengan kehilangan kapal terbang tersebut. Ini merupakan suatu kejadian yang sangat misteri kerana kita sendiri tidak tahu mana hilangnya MH370 itu.


Banyak kemungkinan ataupun spekulasi yang ditimbulkan oleh rakyat Malaysia seperti ada yang mengatakan bahawa kapal tersebut telah terhempas. Malah, ada juga teori yang mengatakan bahawa ini adalah suatu ‘hijack’ kerana mengikut radar tentera, kapal terbang tersebut berpatah balik.

Mengikut makluman semua, kapal terbang MH370 itu hanya mampu terbang selama 7 jam sahaja, berdasarkan apa yang dilaporkan jumlah bahan api yang ia ada ketika ia hilang. Jadi, jika berlaku ‘hijack’ kemungkinan kapal terbang tersebut akan mendarat sekitar di dalam Malaysia.

Tambahan, dalam kesedihan kita meratapi kehilangan MH370 ini, ada bomoh yang pada saya tidak diundang pun datang menilik atau mungkin ada yang menggunakan khidmat mereka untuk mencari MH370. Ini kerana JAKIM sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka ini adalah sesat. Jika kita percaya dengan cara khurafat ini maka syiriklah kita.

Untuk keselamatan dan ketenteraman kita sebagai rakyat Malaysia, janganlah disebarkan sebarang spekulasi supaya kita terhindar daripada berlakunya fitnah. Marilah kita memuhasabah diri mengapa Allah memberi musibah sedemikian rupa.

Mungkin kerana dosa-dosa kita mereka terkena musibah. Nasihat saya supaya kita reflek balik pada diri kita, di mana silap kita sebagai manusia. Marilah kita sama-sama bertaubat dan kembali menyerahkan segalanya kepada pencipta kita, iaitu Allah.

Muhammad Asyraf
Timbalan Presiden I
PEMBINA UPM

0 komen:

Catat Ulasan