SHOOTERS- Riadah Beliawanis Mencontohi Semangat Pemuda Zaman Rasulullah S.A.W


GELANGGANG BOLA JARING KOLEJ CANSELOR ,  16 Mac – Pepatah arab ada mengatakan ‘akal yang cerdas bergantung pada badan  yang sihat’.

Tubuh badan kita adalah kunci utama kita beribadah.Kualiti ibadahitu pula terletak pada kekuatan dan stamina.

Jadi antara kepentingan aktiviti  shooters ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menyihatkan tubuh badan dan mengatur strategi untuk menggapai kejayaan kerana kebatilan yang dirancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak dirancang. Malah strategi ini sesuai diaplikasikan dalam teknik pembelajaran kita.

Menurut Ketua Beliawanis PEMBINA UPM, Nurnazhifa bt Abd Rahman, kita harus menjadikan pemuda pada zaman Nabi Muhammad S.A.W  ikutan teladan sebagai contoh Salman Al- Farisi yang memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandak.

Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat. Akhirnya, kemenangan berpihak pada umat islam.

Bagi menjamin tubuh badan yang sihat pengambilan makanan juga harus dijaga. Makanan sunnah Rasulullah S.A.W  seperti kurma, susu,  delima dan madu nyata mempunyai kebaikan yang tersendiri. Selainitu,berikan rehat yang mencukupi untuk kesegaran tubuh disamping otak juga pasti mampu menjana idea yang lebih berkualiti.

Remaja masa kini harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Meminjam kata Soekarno, ‘1000 orang tua hanya mampu bermimpi, tetapi seorang pemuda mampu menggoncang dunia’.

Riadah bola jaring tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 11.00 pagi. dengan setiap peserta dapat mencapai tahap kecergasan minda dan hati yang lebih baik dari sebelumnya.

Gambar sepanjang program:

Bulatan Gembira: Sesi taaruf ringkas


Senam Zikir: Senaman memanaskan badan sebelum bermain

Permainan bermula: Peserta bersemangat untuk menjaringkan gol


Ketua Beliawanis menyampaikan tazkirah mengenai kelebihan riadah


Wartawan:
Nur Aqilah Shawarudin,
Biro Media dan Promosi,
PEMBINA UPM.

0 komen:

Catat Ulasan